Tuesday, October 19, 2010

remaja zaman sekarang.

Pengenalan

Gejala sosial yang melanda para remaja sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan.Isu dadah,ketagihan arak,budaya lepak,lumba haram,pergaulan bebas dan lain-lain lagi merupakan sebahagian kecil gejala yang membabitkan remaja.Namun begitu,peningkatan kes jenayah dari setahun ke setahun tentulah akan mengundang masalah kepada negara dan bangsa.Suatu kajian perlulah di lakukan untuk mengetahui faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini.

faktor-faktor masalah sosial dikalangan remaja

Pada pendapat saya,gejala sosial remaja saling berkait dan punca asas nya adalah daripada institusi keluarga itu sendiri.keruntuhan institusi keluarga seperti penceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak tersisih dan mereka  tiada pendirian hidup seperti "anak ayam kehilangan ibu".
selain itu,terdapat juga kes remaja yang terlibat dalam perbuatan salah laku disebabkan pengaruh rakan sebaya. Dalam memilih kawan,kita mesti berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan perlakuan kawan yang kurang baik. Dalam hal ini kita mesti ingat pesanan orang lama-lama,iatu jika kita berkawan dengan pencuri kita akan menjadi pencuri. Oleh itu,ibu bapa yang bnertanggungjawab perlulah memantau pergerakan anak-anak dan menyelidik dengan siapa mereka berkawan.
Anak remaja perlulah memiliki sikap terpuji dan memelihara diri perkara yang merosakan diri dan masa depan mereka.Oleh itu,didikan agama merupakan perisai yang dapat menangkis perkara-perkara negatif yang dapat merosakan pemikiran anak-anak.

Kesan-kesan gejala sosial

Faktor-faktor di atas menyebabkan pelbagai kesan yang memaudaratkan kita.Kesan ini akan bertambah buruk jika gejala sosial ini semakin berleluasa.Antara kesan-kesan yang dapat dinyatakan di sini ialah peningkatan kes jenayah di negara kita akan bertambah secara mendadak.Isu ini melibatkan kes pembuangan bayi yang banyak terjadi apabila pergaulan bebas berleluasa.Selain itu,secara tidak langsung perkara ini dapat mencemarkan imej negara dan bangsa.Contohnya,apabila pelancong asing datang melangcong ke negara kita ,ia dapat memberi suatu pandangan negatif terhadap masyarakat kita.Disebabkan kesan tersebut,ekonomi negara akan terjejas.Lantaran itu,para pelabur dari luar negara hilang kepercayaan untuk melabur di negara kita.Secara tidak langsung,negara akan mengalami kemunduran.

Langkah-langkah menyelesaikan gejala ini

Langkah-langkah penyelesaian perlu di fikirkan bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan.Inisiatif  yang pertama adalah mewujudkan pusat-pusat pendidikan di waktu terluang bagi mengelakan remaja dari terjebak dengan gejala lepak.Selain itu,meningkatkan lagi pusat pemulihan bagi remaja yang sudah terlanjur.Pusat ini dapat membimbing dan memulihkan akhlak remaja dari terus terjebak lagi.Disamping itu,program keagamaan atau program khidmat masyarakat perlu kerap di adakan untuk mengisi masa lapang para remaja.

Penutup

Konklusinya,semua pihak haruslah bersama - sama mengembeling tenaga untuk mengelakan pekara ini daripada terus berleluasa.Selain itu, ibubapa dan pihak sekolah juga seharusnya memainkan peranan penting dalam ini. Ini kerana, seperti perpatah melayu "jika akarnya sihat sudah pasti pokoknya juga subur."